Ahad, 16 September 2012

Al kisah bElajar MemanDU..

Ini kisah aku belajar driving car, Masa mula2 aku belajar, aku ingt pesan kwn aku tekan clutch dulu (sorry nth2 slh ejaan)  pas tu, lpskan clutch tu pelan2 end trus tekan minyak ,waaa.. tk sangka kereta tetibe jln , punya lah happy hati , mcm nak tumbuk je, muka cikgu sebelah tu haaahhahahah gurau je..ada byk bnda yg salah semasa aku msih blajr memandu, aku msh lagi aku tk tahu mcm mna nk ,pegang stering kreta, dan cara2 tukar gear pun msih lembab sbb masa tu msih blaja beb tu laa xtau,Tapi Cikgu yang mengajr aku memandu tu semuanya the best, tk terlalu marah and tk terlalu lembut, whatever aku tk kisah sgt ttg prangai dorang, yg penting aku blajar sungguh2 untk dpt lesen P, muaahahahaha(ketwa jhat laa pulak)bila lama kelamaan aku blajr makin hari mkin seronok rsanya, tapi buhsan..perkara yang melucukan terjadi adlah dekt jln raya,.mcm nak xsident besorr rasanya hahahahax punyelah kelakar!!! cikgu kte jangan laju sngt pelan2 je, tapi aku mcm x leh control minyak! dh lah terkial2 lak tu,buat cikgu merah padam hahaha...bila blajr msa tu, tak prnah aku keluar suara , sbb cikgu sbelah tu pon asyik diam je,..tu yg best tu, dia hnya ckap  tekan clutch, tukar gear, berhenti, pas tu jalan end bla, bla...Aku bukan org yg byk ckap, aku pun x tau nk ckp apa2 huhuhu..kalo cikgu sorang tu lain ckit, dia ada tegas sikit dgn aku, tapi aku tk kyesah,..pasal naik bukit ni lah seronok, msa mula2 cikgu letak prking kereta dpn bukit, muka aku tiba2 jdi gelabah, terejut pun ada, bila aku masuk Ya Allah nuvers sungguh ,bila dh leps dri bukit Alhamdullilah, senang nye, tk sangka,..bab, naik bukit, and, parking tk banyak problem, Kesalahan tu biasa je lah!!... org blajr memg lh byk salah,..h0hohohoTapi bila nak menduduki ujian memandu, mcm keras semacam jer kereta tu, mcm nk turun ke bwh balik, entah mngkin aku mengelabah dn takut kot,Bila tekan minyak ,WOW!..berpusing mcm bola tayar kereta di buatnya ,tergelak mak saudara aku di buatnya hahahaha,Alhamdullilah smpai jugak aku dekat bawah kih kih..,tapi dekat tempat parking pulak aku GAGAL, punyalah tak nampak tiang, tiba2 prenggg berdesing tiang depan jatuh HAHAHAHAHA, apalah lagi punya frush menongeng, masuk dlam kereta terus buat muka sedih, lalu menangis, bila mak sedara ckp pasal tayar kerta aku berpusing tu aku gelak balik hahahahahaAku pun belajar semula dan ambik ujian memandu untuk kedua kali,.alhamdullilah aku lulus yah0ooooo,..mcm nak lompat sperti katak rasanya yeah yeah hahahaahaha,..bila sudah lepas ujian tu ,JPJ pun memanggil aku, diorang pun tenung muka aku mcm persalah yang amat bersalah hahahaha,tiba tiba seorg JPJ bersuara,.hari tu apa kesalahan awak, aku pun tunjuk tempat tiang yg aku langgar tu, JPJ, brsuara lagi, apa kesalahan awak hari ini" Aku tk kata apa2 dan fikir 2 apelah salah aku, aku rasa tk ada salah apa2 aku pun heran, aku pun jawap lah soalan JPJ tu,"tak tahu " JPJ terkejut  "tak tahu, macam mna awak tak tahu kesalahan sendiri pulak awak harus jujur, dgn sya" Ya Allah aku pun terkejut ,tak tahu dah nak jawap apa, aku sendiri pun tak tahu silap aku kt mna masa tu, dh lah peluh msa tu tk henti2 keluar haahahah, lepas tu JPJ panggil pulak cikgu yg sedg ajar aku tu, dia pun cakap, "Sila cikgu terangkan apa kesalahn budak ni"jdi Cikgu tu  pun cakap dengan tersenyum lebar ,"Aku melebihi had laju bla..bla.." Aku terkejut ,tidak sangka kesalahan aku bergitu wah!!!bila JPJ, sudah selesai menyemak kertas ujian memandu dia pun menyerah kepada aku,..bila aku tengok aku pun tersenyum, LULUS yeahh!!,,,dah agak memang JPJ ni nak kenakan aku, JPJ pun cakap ucaplah terima kasih!, aku pun berlalu dengan sepatah perkataan mkasih,,.Malu rasanya hahaha, JPJ dan cikgu dkt situ tak habis gelak haahahaahaha..Adoii,.Akhirnya aku sekarang ni nak menunggu lesen P aku keluar, harap 2 cepat!!AMinnn...


Ahad, 12 Ogos 2012

AYaH,.


Ayah.
...PapaDaddy . 
bapak, Abah.. 

Nama2 lelaki yang tak pernah aku panggil selama ini ,
 semenjak aku baru lahir dari perut mak  lagi!,.
Siapa yang tak rindu dan mahu , tp lidah ku terasa kelu,.
Aku rindu belaian dari se0rang ayah...
Aku rindu haDirnya sE0rang Ayah..

Aku Nak Ayah kanDung.. :,(
AYah!..jika kau tidak Mati..
Akan Ku Cari DiriMu...Selama Ini

AyaH Jikalau Kau HanYa Hilang..
PaSTi aku akN mnCari dan hanYa Menunggu...
Tk PaYah Aku BerSedih Begini MengharaP mu kemBali..

AyaH...
Aku HanyA PenDam PeRasaan INi.. 
TanPa 0rg LaiN Tahu Rasa Hti ni..
AyAH Aku HanYa imPikan KasiH mu..
BAgai Sakit RaSa hati INi..

Aku Tak PerNah MeRasa di HantaR 0leh Ayah Ke Sek0lah
Aku Tak Pernah MerAsa ,.KesEronokkan denGan AYah
Aku tak Pernah MeraSa Bagaimana memanggil Ayah
Aku Tak pernah merasa Bagaimana KasIh AyaH..

AyaH !...AYaH tak Sama dengan Ayah 0rg Lain :(
Aku Nak Ayah..
Aku RindU AyaH..
AKu Nak Ayah Ajar Aku..
Aku Nak Ayah NaSihat dn Tegur Aku..
Aku Nak Ayah..Teng0k aku BeRjaya
Dlm HiduP 
Aku Nak AYah Bangga dn SenYuM dengan AKu
Aku Nak AYah ajar aKu bagaimana CaranYa SolaT

JanGan Halang Aku ! BiaR aku Melayan PerasAAn berGini,.
Aku Rindu AYah Aku nak Ayah,.. Bukan Org lain..
Tol0ng Aku FahaMi Aku..
AKu RiDu Ayahhh.. 

Aku Nak Ada AYah McM maK Yg Selalu SaYang AKu.
T0long Lah Jangan Halang Aku




Jangan Marah Aku bila aku Luah perasaan bergini
aku Tak BERDENDAM dengan Sesiapa
AKU SAYANG AYAH!!!.
Aku nak AYah... :(



Sabtu, 11 Ogos 2012

HUKUM Bermain GITAR

Nih ..nak citer cikit ni Aku ni suke like sngat main gitar  Dri kecik sampai ke besar aku duk brangan 2 nk main gitar nih, prnah skali angan2 aku tu smpai naik ke pentas hahaha,sejak um0 aku 16 taun aku suh mak aku blikan gitar utuk aku wrna merh terang tak lah mahal sgt nyusah kan mak aku je huhu..Akhing nya tercapai jugak aku beli gitar.,.. aku ni bukan nya ape aku minat sgt nak jadi pemuzik nih, tapi tkde siapa yang sudi mendengar, Sebab aku minat gilerrr dengan muzik nihhh,.lama kelamaan nk jadi pemuzik trus lenyap dari dan tk ada lagi dalam ingatan hua hua..hua.. so sekarang aku dah malas nak fikir , kalau ada rezeki nak jadi pemuzik aku terima, klau tkda aku pasrahh!!.. biarlaa aku mlaz nk fikir hhuhuhu, diam jerlah! huhu. pasal main gitar ni aku bukan lah seorang terrer atau handal, cuma biase2 jer, setakat main utuk menghilangkan rsa boring, tapi pasal solat itu kewajipan jangan di tinggalkan tau, hurrmmm kal0 aku nak jadi pemuzik , aku tk nak lagu yang trlalu rock laa,.. hahahahaha (betul ke aku ni) 
Bercerita pulak pasal my family aku nih,.. diorang ni tak suka tg0k aku main gitar , di0rg ckap tak manis kalau prempuan main gitar, hati aku pun macam sakit lah sikit tapi diorang tegur tu tanda diorg sayang kite,hahahahahaha..(terasa tu mmg adelah)tkde yg tkde hahaha ,.Mak aku ni pulak spr0ting jerr.. dia diam jer entah2 ape lah dlm hati dia mungkin sma mcm mak sedara2 aku yg comel2 tu ahahaha ...
Dan prnah suatu hari kawan aku citer yg main gitar ni haram.. so aku bukak lah google and serch : (hukum bermain gitar) hahaha.. sbenarnya main gitar ni tak haram, cuma kalau kita lupa s0lat, hisap dadah sampai buat beda yg tak elok bla..bla..bla.. maka akan haram lah jadi nya, di bolehkan bermain gitar dengan satu syarat jangan melalaika perintah ALLAH S.A.W ok :)
Seperti yang di serch aku bawh ni sile2 bace



Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.Namun demikian, jika nyanyian dijadikan sebagai kebiasaan sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk itu, maka dia tergolong dalam kalangan orang bodoh yang kesaksian mereka ditolak.Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar dan mazamir.Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.Bersesuaian dengan firman Allah,“katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”(Al-A’raf:32)KesimpulanSegala apa yang telah diterangkan diatas merupakan hujah yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali bagi menjelaskan sebab beliau mengharamkan penggunaan alat muzik yang bertali dan yang ditiup dengan mulut.Hakikatnya, tiada satu nas(hadis) pun yang sahih dan jelas melarang penggunaan alat muzik ini. Namun begitu, beliau (semoga Allah meredhainya) telah menerima hadis-hadis yang diriwayatkan dalam isu ini dengan dada yang terbuka dan kemudian beliau cuba menafsirkannya sepertimana yang telah dihuraikan di atas.Jika beliau meneliti dengan lebih mendalam mengenai sanad-sanad hadis yang diriwayatkan itu, tentu beliau tidak perlu bersusah payah mencari sebab musabab kepada hukum haram alat-alat muzik tersebut . Namun begitu, apa yang beliau sebutkan ini amat berguna bagi orang yang tidak menerima hakikat bahawa hadis-hadis tersebut adalah dhaif. Semoga Allah memberkati usaha beliau.Sekian. Sedikit perkongsian mengenai isu alat muzik di dalam Islam. Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan harap dapat diperbetulkan. Wallahua’lam.Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure yousubscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.


                         tgok bwh ni pulak byk koleksi2 gitar yg menarikkk hahahahaha,..












Isnin, 6 Ogos 2012

Kisah mimpi dan pakai selendang je, huhu

Hai.. you ALLzz,.. fuhhh!!!! Letih nye baru balek dri kerja , My emak pun dh bru blik krja skrg Pagi tdi sungguh lah terkerjut brcmpur beruk kerana , bermimpi hantu yg menakutkan huhuhuhu,.. rumpanya nak kejutkan aku yg asyik lewat gi krja, Aku pun bersiap2 dengan gelabah ! Lepas mandi terus pkai tudung!! yang tidak aku sangkakan sesekali adalah bila msa aku terrer pkai tudung ni!! tgok hana tajima dlm youtube pun tk kusyuk apatahlagi tgok org, mungkin aku ada kusyuk2 sikit kut,.. dn bmula lh skrg ni aku mula berminat pada selendang !!! Nk tg0k aku pkai tudung kt bawah ni,huhuhu nilah dia aku bukan nyerr terrer sgt bab 2 tdung ni



ini lak video cra pkai tdung

WAjip Pakai Tudung Tau Teng0k lah Nasihat Bawah nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis

alt

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


                                               
                                         




                            huhuhu..ni laaa...cara2nyerrrr




Secara kebetulan kami berjumpa dengan aktress muda yang baru berhijrah ini petang tadi.
Pertemuan tidak di’rancang dengan Diana Amir mencetuskan idea untuk sessi fotografi mini di sekitar bangunan pejabat urusan Metrowealth.
Diana Amir sebenarnya dalam perjalanan ke rumah terbuka Bernama dan singgah ke pejabat Metrowealth untuk pergi bersama David Teo dan beberapa orang staff di’sana.
Kami sempat bertanyakan kepada Diana Amir, bagaimana reaksi peminat terhadap perubahan diri beliau & menurut si manis ini, respons yang di’terima begitu positif dan bersyukur dengan sokongan para peminat.
Menurut Diana Amir juga, beliau masih belum memulakan apa apa projek seni yang bersesuaian dengan imej baru beliau dan usaha untuk memastikan nama beliau terus ada dalam dunia seni akan di’teruskan.
Lagi gambar imej baru Diana Amir selepas ini. Gambar penuh kesopanan dan sangat kontra dengan apa yang anda semua terima 24 jam yang lepas. Enjoice
copy paste dari : Rotikaya 





Ahad, 5 Ogos 2012

tak boleh tid0..huhuhuhu

Alahai..Hai...boring nyer.


duk dlm bilik s0rang2 ni mmg b0ring ,Aku malaz nk tid0 sbb lom ngantuk td aku lama layanz FB sbab x tau apew dh nak buat dh,.hurmm mcm 2 aku wt dlm bilik ni surang2 dgr lagu jap tid0 ,jap bukak lap ,main game huhu , citer ttg masaalah aku neh , biasenyer x tentu nk tid0 mlm Kalo tkde ape2 nk buat mesti duk luar tgok tv , Kalau takut panggil mak n kacau mak yg tgh lenaa..tido dlm bilik
ntah naperlah..aku tkut sngat ,nk ckp der hantu,, xnompok btang idung nyer huhu.. apepun aku msih blum mntang nak tido sesorang , kalau tid0 asyik mimpi yg tak bagos je huh! cmner lah.. baekk tkyah tido gi baguss huhuh..
wlaupun um0 aku dah 18 thn , tapi bab2 tid0 ni aku masih cm budak2 takut ckit mula lah panggil nama kambing embikkkk..emak emak huhuh..
tapi ok perr, dari tido dengan yg haram , lebih bek tido dgn yg halal betul x
tapi berdosa kh aku kalo kaco mak aku tgh tido huhu,..
Aku tak tahu deh masaalah aku ni, mcm ne lah nak tido
Nak tid0 pong susah huhu layan blogger n fb ni jelah , kalau x pun layanzz youtube , err kalau tak pun dwonload lagu hahaha,,... kn best, yelah ni kn time bulan p0se,.. jd x lah b0ring sgt
Haduiiii...dh pukul brape skarg ek.. agaknyer dh pagi ni ,? memg pong huhu..
es0k dh nk kerja, Kalau bangun akhir apelah akan terjadi, 
Harap2 motosikal aku boleh start es0k yek huhuhu...
Tapi cmner nih x leh tid0..

Kdg2 aku cemburu tgok orang laen leh tid0 ni, sdgkn aku
kdg2 jer leh tido huhu

cube bcer bwh ni pulak !!!!

Oh! 7 Kebaikan Tidur Awal


Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan. Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat korang lebih produktif di pejabat, masakan korang masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini ini:
1. Berat badan turun
“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila korang ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya korang akan melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya tenaga korang akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.
2. Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, korang juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika korang terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
3. Lebih produktif pada pagi hari
Korang boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, korang pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat korang mampu melakukan apa-apa aktiviti korang dengan lebih produktif.
4. Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.
5. Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.
6. Boleh sukan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau sudah begini, korang tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan korang kan?
7. Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas korang meminumnya,” kata Gromer. Dengan tidur lebih awal korang akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.

huhu sedihnyerrr...:,(

Its'ME


Hai Semua,.. My name is Nadhira Adeni huhu malaz lah nak sebut nama panjang kt cne .tkyah jeklah,.ek
Umur aku ni tk yh citer lah 18 thun daa skrg huhu. Aku ni asal dri sarawk , nma tmpat oya srwk malazia!!, huhu apew topik nk citer ek sbnarnya bkn rajin sgt pon aku nk ckp ni, sje je buang boring , tkde bnde aku nk wat dlm bilik ni aku duk sorang2, takkan asyik nk layann FB jer bosan lah ,Apew nak citer ek!..
Aku nak citer pasal Mula2 aku lahir, laaa..
Epis0de 1 laa katakan huhu

Masa2 mula2 aku lahir , dulu mestilah keluar dri perut ibu, huhu tkkan magic pulak hahah..sorry buat lawak, plak!,.Aku lahir dkt Hospital Mukah srwk,  sorry jauh gak tu ..
Aku msa kecik tk lah comel sgt mcm bayi 2biasa yg lahir dkt alam semesta ni h huhu..
Dan yang paling sedihh ,.. lah masa umur aku 2 thun lebey bapa aku meninggal lak waktu malam rya tu,, huhu punya lah aku tkkan dpt rasa pun ksih syg dari se0rg ayah ,..
Tapi syukur Alhamdulilah doh beso pnjang dpek ayah tiri huhu~
Aku tkde ape sgt nk citer kt sini, dah tkde idea,dh huhu
Letih jugak sbb seharian brkerja,~ Kerja kDay mak sEdara Beb meztilah letih! Hahaha tk kelakar  lngsung 
Bwh ni gamb0r aku..x cutE lngSung Hift..hift.....


Ini kali firs time kot 2012 aku wat blogger, blogger lama aku dah x tau e-meal n paswood huhu..
Jam Sekarg aku buat blogger ni baru pukul 2 lebey x caya kn hahaha, tg0k lm hpn yg tgh cash plak huhu..
 Ini plak my famly aku adik dan emak...mcm kakak kn mak aku huhuhu...
                                           
                                                        
                                     kwn aku sjk skolh rendah nurul nmenye gmbr ngn adik die

                   My frieds Nisa, 
                                         yg tudung Merah tu Aku lerrr hahahahahahaha

P/s :Berkawan Biar Ramai musuh toksah di cari ahahaha...
Hidup Berkeluarga jauh lebih bahagia senyum (^^,)